RSS

Tuesday, May 24, 2011

Lestary Chinta Studio 'Online Contest', Edisi 1-Pertunangan: Melodi Indah Untuk Cinta Hatiku






Salam para pengunjung blog LESTARY CHINTA STUDIO, lama blog ini tidak 'update'. Tetapi post pada kali ini amat ISTIMEWA kerana saya, Eisya Rahman dan team Lestary Chinta sangat-sangat berbesar hati untuk menganjurkan 'Online Contest' Edisi 1 - Pertunangan sempena ulangtahun Lestary Chinta Studio yang pertama.
Untuk menyertai 'Online Contest' ini, sudah pasti ada syarat-syarat yg perlu dipatuhi...so tarik nafas dan baca satu persatu syaratnya yer...lagipun syaratnya tak lah susah macam Puteri Gunung Ledang letakkan syarat pada Sultan Mahmud...hehehehe. Di antara terma dan syarat yg harus dipatuhi oleh peserta adalah :
1. Pertandingan ini dibuka kepada peserta yg PESERTA YG INGIN MELANGSUNGKAN IKATAN PERTUNANGAN di KUALA LUMPUR / SELANGOR DAN PUTRAJAYA SAHAJA.

2. 'Online Contest' ini dibuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 21 tahun ke atas.

3. Peserta perlu mempunyai BLOG sendiri dan menjadi FOLLOWER Lestary Chinta Studio, http://lestary-chinta-studio.blogspot.com/ dan add TouchBy Eisya Rahman di Facebook.

4. Letakkan BANNER / BADGE rasmi 'Online Contest' ini di 'New post' dan di 'Sidebar' blog anda dan juga entri pertandingan. Sila link ke blog LESTARY CHINTA STUDIO.

5. Buat satu (1) entri yang tertajuk LESTARY CHINTA STUDIO 'ONLINE CONTEST', EDISI 1 - PERTUNANGAN : 'MELODI INDAH UNTUK CINTA HATIKU'

6. Dalam entri tersebut, letakkan lirik lagu yang menjadi tema kisah percintaan anda dan ceritakan mengapa lirik lagu tersebut cukup bermakna bagi kisah percintaan anda. Esei tidak perlu meleret-leret jalan ceritanya tetapi cerita anda biarlah ringkas tetapi menarik dan berjaya buat juri pun terasa berada di awang-awangan dengan entri anda. Panjang esei adalah lebih kurang 200 patah perkataan.

7. Sertakan sekeping gambar anda dan pasangan di dalam entri anda (HANYA SEKEPING SAHAJA). Gambar tersebut mesti la dalam keadaan yg SOPAN ye...sbb lesen penuh tak dapat lagi kan...

8. Ceritakan juga serba sedikit secara ringkas kenapa anda berminat dan tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan oleh LESTARY CHINTA STUDIO sehingga anda berharap sangat untuk menang dalam 'Online Contest' ini.

9. HADIAH UTAMA hanya untuk 1 (satu) pemenang sahaja, Lima (5) HADIAH SAGUHATI manakala setiap penyertaan akan menerima 'Voucher' potongan harga untuk mana-mana pakej di Lestary Chinta Studio. Ada HADIAH MISTERI untuk peserta yang PERTAMA meninggalkan KOMEN di dalam entri ini.

10. Hadiah utama disediakan sepenuhnya oleh team Lestary Chinta Studio mengikut syarat dan terma yang telah ditetap dan kami juga berhak menarik balik jika pemenang 'Online Contest' ini melanggar mana2 syarat dan terma/pencanggahan tarikh/tiada persetujuan untuk extra pembayaran bagi pengangkutan. Hadiah tidak boleh di tukar dengan wang ringgit (RM).

11. Hadiah boleh digunakan sepanjang tahun sehingga NOVEMBER 2011 (Tertakluk kepada kekosongan tarikh/saiz baju)

12. Setelah siap entri di blog peserta, sila tinggalkan KOMEN di entri ini dan letakan alamat blog anda untuk saya dan para juri melawat dan membaca entri anda. Hanya yg tinggalkan KOMEN DAN ALAMAT BLOG SAHAJA YANG AKAN DI LAYAN. Sebarang surat-menyurat, emel dan sms tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2011 sebelum jam 12.00 malam. HADIAH UNTUK 'ONLINE CONTEST' EDISI 1 - PERTUNANGAN ADALAH :

HADIAH UTAMA

PAKEJ PERTUNANGAN LESTARY CHINTA
  • Mini Pelamin dan hiasan
  • Makeup 1 x by Eisya Rahman
  • Sanggul/tataris pemakaian tudung
  • Aksesori dan Selendang/Vail
  • Pakaian Pertunangan
  • 7 Hiasan Gubahan Hantaran
  • 7 Dulang berserta alas
  • Bunga Tangan 'Fresh Flower'
  • Fotografi untuk Photobook (8 x 12) 20 m/s termasuk editing dan disertakan sekali lirik lagu di dalam entri pemenang
LIMA (5) HADIAH SAGUHATI
  • 'Voucher' 25% untuk mana-mana Pakej Lestary Chinta Studio
HADIAH PENYERTAAN
  • 'Voucher' 10% untuk mana-mana Pakej Lestary Chinta Studio
Sila emel kepada saya, Eisya Rahman untuk saya emelkan BANNER/BADGE dan kandungan entri ini untuk diletakan di blog para peserta kerana anda tidak boleh 'copy & paste' dari blog ini. Sebarang pertanyaan atau persoalan, sila emel ke eisya_rahman@ymail.com .
SELAMAT BERJAYA DARI SAYA DAN TEAM LESTARY CHINTA STUDIO
IMPIAN ANDA INSPIRASI KAMI

This is my entry:


Lirik ini hanya untuk insan bernama Zuhairi Rozi..alwayz be there for me...
Love u alwayz...

Hanya Dia-Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti

Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

*
Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia


**
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia.....
                                                               

                                                           
Pertemuan kami bermula dengan Program-program di UIA...tidak terlintas untuk jatuh cinta dengan diri nya...kerana perbezaan umur ...ku panggil dirinya adik pada mulanya...mungkin pertemuan demi pertemuan dan masing-masing sedang terluka...membuihkan buih-buih cinta di dalam hati kami..selepas hampir 4 tahun...huluran cinta kuterima dan aku mula meletakkan suatu kepercayaan kepada satu hubungan bernama CINTA...walau rase takut itu ada namun aku kuatkan diri untuk terus mencintai dirinya..

Lirik lagu di atas menggambarkan mengapa diri ini mencintai dirinya..kerna perbezaan yang aku temui di dalam dirinya..dirinya sungguh memahami diriku..pantas bijak menelek apa yang tersirat melalui suratan di depan mata...walau kadang kala sedikit keanak-anakan tetapi aku yakin aku mampu menggapai mahligai indah bersama dirinya dengan restu dari Illahi,kedua ibu dan semua.Sukar mencari cinta.Alhamdullilah aku menemuinya ...

Insyallah kami akan bertunang bulan 10 di Cheras ,Selangor ..dan mahu menyertai pertandingan ini kerana mahu merealisasikan impian pertunangan kami bersama sentuhan lestary chinta studio....semoga bahagia itu terus menjadi milik semua apabila menghadiri majlis pertunangan kami dengan kehadiran lestary chinta studio....



Wednesday, May 18, 2011

Rindu Menulis

Assalammualaikum semua...

Lame nye tak menulis sehingga rindu tu menjelma...bz bz b...alasan manusia yang konon2 nye xder mase untuk membersihkan abuk di blog sendiri..heheheeh
Alhamdullilah sudah 5 bulan bergelar lawyer..xder ape yang menarik cume satu stress sahaja...1/6/2011 ni bakal kua ke law firm lain..bye bye Ghazi & Lim..da dekat setahun lebih kat situ...sekrang mahu berubah..mencari tmpt lain...
Untuk tips mencari law firm bagi bakal chambering..cari laa firm yg owner sembahyang,firm yg tak terlalu beso atau kecik...huuhuu...ade kwn2 yang bosses ok..staf KO...ade yg Staff ok..bosses KO..ape2 pun rezeki di bumi Allah ni luas..cume kena rajin usaha ..cari dan cari...
Mungkin ada yang bernasib baik..mungkin ada yang kurang..tp my prinsip xsalah bermula dari bawah walau terpaksa jadi kerani pun....aku pun pernah jadi part time clerk..best tuh..stress x de laa mcm stress jadi lawyer ni....
Ape-ape pun coretan ni untuk melepaskan rindu.....