RSS

Thursday, December 31, 2009

2010???

2010? bersediakah aku??bersediakah kita semua.
lagi 30 minit hari ini akan bertukar menjadi 1/1/2010...entah kenapa sayu jer hati ni...hari ni,lepas mengemas bilik di UIA buat kali terakhir aku duduk di atas katil dan melihat sekeliling bilik..bilik C2.4 adalah bilik terakhirku dan menyimpan 1001 masam manis saat-saat terakhir diriku bergelar pelajar di UIA.Apa yang aku rasa sayu..n terfikir entah bila aku akan melangkah lagi ke bilik ni lagi...


Apa yang aku paling kesalkan untuk meninggalkan 2009 adalah pabila aku kehilangan insan yang paling aku sayang...budak kecik...walau pedih ..namun aku harus redha melepaskan dia pergi untuk meneruskan hidup dia...aku masih ingt sms yang aku hantar semalam..memohon pengertian..aku tidak mahu menagih apa-apa ..cume memohon menamatkan perang dingin antara kami...cukup lah...supaya aku boleh bernafas lega...aku pernah cakap dengan seorang kawan baikku...aku akan tunggu budak kecik sehingga ambang 2010..jika dia tetap dingin dan kaku ..aku akan berlalu buat selama-lamanya..akan aku kunci dengan kemas hati ini supaya namanya tidak singgah lagi..namun aku tahu rindu ini pasti akan aku bawa sehingga aku menutup mataku buat kali terakhir..Lelaki ini mengajar aku terlalu banyak perkara sehingga dia juga membawa cinta aku pergi bersama dirinya..


Kekesalan kedua ku..perpisahan dengan sahabat baikku ..teman seperjuangan event ku...hurm..aku yg nekad meletakkan titik noktah selepas aku di hina oleh teman istimewanya..benda yg paling aku kesalkan...tidak pernah sekali pun sahabat baikku itu mempertahankan diriku..tidak pernah ada rasa untuk merampas pun..aku  hanya teman sekerja yang aku kira mampu bergerak pantas bersama dirinya...Hanya Allah yang tahu hancur hatiku pabila aku kehilangan dirinya...


Kekesalanku yang ketiga ...pelajaran aku...akibat terlalu mengejar aktiviti sosial ku..aku agak mengabaikan pelajran...entahh..agak kurang menyenangkan jika aku kata aku menyesal mengambil law..aku bukan tidak mampu..tetapi aku tidak ada masa untuk menjadi seorang mahasiswi law...yg perlukan komitmen 100%...aku tidak tahu kenapa..tp aku lebih cenderung kepada aktiviti masyarakat...event ..natijahnya..aku tidak menjadi nurul yang cemerlang..hanya mahasiswi yang kurang cerdik..mungkin...namun aku harap 2010 ini ..aku mampu bersaing untuk career ku...dan janjiku aku akan buktikan...


kekesalanku yang keempat..aku masih terngiang-ngiang kata-kata presiden mrc kepada sahabatku...aku sebagai orang yang bertanggungjawab mendidik...tiba-tiba dituduh tidak pernah mendidik...aku sangat kecewa dengan dirinya..hubungan kakak dan adik lantas dingin ..aku mungkin memaafkan dirinya namun hubungan di dunia ini kami hanya kenalan semata-mata....


mungkin itu jer benda-benda yang paling aku kesalkan..namun aku perlu berlari meninggalkan 2010 kerana bnyk perkara yang perlu aku focus ...Hakem Arabi & Assoc ..satu tempat baru ..satu nafas baru.perjuangan harus diteruskan walau byk benda terpaksa aku korbankan..

Happy New Year to all...





Saturday, December 26, 2009

kEisTimewaaN MuhArraM

Berdasarkan pembacaanku..bulan muharram adalah salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT .Muharram bermaksud dilarang.Pada bulan ini kalau kite buat banyak amal ibadat ..insyallah Allah akan melipatgandakan pahala dan sebaliknya sekiranya kita melakukan maksiat...aku harap aku boleh menjauhkan diri dari maksiat bukan sahaja di bulan Muharram tetapi bulan-bulan yang islam yang lain..Amin


Tanggal 10 Muharram ,Allah menyelamatkan Nabi Musa As dan bani Israel dari dikejar Firaun...Mereka memuliakan dengan berpuasa..Kemudian Rasulullah telah menetapkan puasa 10 Muharram sebagai tanda kesyukuran atas pertolongan yang diberikan pada Allah..


Alhamdullillah aku cube menyempurnakan puasa 10 Muharram ini kerana Allah SWT byk membantu aku selama aku hidup 24 tahun di bumi Allah ni...Istimewanya dan Kebetulan hari jadi aku tahun ni jatuh pada 9 Muharram..cume aku tidak dpt berpuasa sunat lantaran menghadiri kenduri sahabatku Oshin..gembira melihat Oshin dah pun selamat menjadi suri kepada seorang lelaki yang bertuah...Bile pula aku?? He hee
Keistimewaan hari ini juga kerana hari ni hari jadi adikku Farah...Selamat Hari Jadi ke 21...


Banyak perkara bermain difikiranku...
Buat kedua kalinya..aku membuat satu keputusan yang baik bagiku ..aku mengundurkan diri dari prog yang diilhamkan oleh diriku..namun dek kerana kekecewaan ..aku mengundur diri...tanpa semua sedar..aku memerhati dan terus memerhati.Melihat cara mereka bekerja.Mungkin aku terlalu tua untuk tidak berpuas hati..Lantas sebelum aku terus menyusahkan mereka dengan kecerewetan aku,aku mengundur diri tanggal 1 Muharram yang lalu.


Aku kira banyak perkara baik berlaku Bulan ni..Istimewa di hati..aku bertemu dengan 3 sahabat lama..Syikin ..kawan sekolah rendahku..kira2 hampir 12 tahun aku tidak bertemu dengan syikin..sungguh aku rindukan Zaman sekolah rendah di Kemaman..geng-geng poyoz Pengawas Library..he hee..bertukar-tukar cerita smpai tak sedar masa berlalu..wahhh aku juga terharu melihat perubahan syikin..bila lagi aku nak menjadi muslimah sejati seperti dia..Sahabatku ..tunang seseorang dan kini meneruskan pengajian sebagai seorang doctor..Bila dikira 3 org sahabatku doctor..waa waa...bestnyaa...





Semalam..selepas menghadiri kenduri Oshin dengan kakakku serta 2 sahabat sekolah menengahkku.nazira dan hanim..menyusuri rumah kawan kakak ku yang bertunang..cantik sungguh..n bertukar arah menunaikan solat zohor di rumah Hanim..kagum..terdetik di hati..bertuah sungguh hanim dapat lahir di dalam mahligai...Kemudian menyusuri jalan ke KLCC..YaAllah ramai nya umat manusia di sana..macam berjalan di pasar malam...nak naik eskelator pun beratur...he hee..tergelak aku..aku meraikan bday dengan beribu-ribu manusia di KLCC..kami hanya duduk n minum2 dan makan2..ha haa..makan lagi..tp yg ringan2 la..bercerita dan terus bercerita...sedar2 dah pukul 5.30.kemudian kami beredar dan pulang ke rumah.
 

Itu setakat 10 Muharram..Insyallah buka puasa bersama semua anggota keluarga hari ni di tempat yang istimewa..cadang2 nak ke Melaka..tp melihat keadaan jalan yg confirm Jam kerana org balik dr kmpung..Plan tidak menjadi...tapi ttp memilih tmpt yg istimewa untuk berbuka..


Alhamdullillah..aku rasa bahagia..rasa Warm di dalam hati..mungkin ini rasanya bila kita belajar mendekati pencipta kitakan...Aku harap Muharram yang selepas ini akan terus tenang...Aku akan terus kuat untuk Rabu depan...untuk menghadapi ujian penentu hidupku..dan Aku kena laa struggle berlipat kali ganda..

Tuesday, December 22, 2009

menongkah arus

Aku pulang ke uia minggu lepas..byk perkara terjadi..hurm , satu persatu perkara..aku diapproach untuk berbakti kepada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti aku mampu..kerana kali ni aku nampak arus ni terlalu kuat..adakah aku mampu menongkah arus yang aku rase mcm deras jer....

perjuangan aku sebenarnya di mana?aku masih keliru dgn jalan yg nak aku pilih..aku melihat n menyusuri beberapa blog rakan2 ..aku lihat mereka ade pegangan..kenapa yer aku masih terus berfikir..aku x nak diperalatkan ..aku x nak diperalatkan...

perjumpaan dgn mrc agak ringan bunyinya...dengan subject yang aku kira berat..aku lihat mereka gagah n kuat..adakah aku gagah n kuat??entah lah..hanya Allah je yang tau
aku sebagai seorg insn biasa yang xde aper pnglmn ditugaskn memikul tggjwb ni..hurmm..aku kne btul2 berfikir...

Saturday, December 19, 2009

Dia


Perjalanan ke rumah pengantin tidak mengambil masa yang terlalu lama.Aku turun dari kereta dan perlahan-lahan menapak ke arah rumah pengantin.Kami berempat dijemput masuk oleh ayah pengantin.Aku memerhatikan sekeliling.Mencari-cari wajah yang sudah hampir 8 tahun tidak bertemu.Usai kami masuk ke dalam rumah,aku dan rakan-rakanku menghulurkan tangan tanda beradab.Orang melayu kaya dengan sopan dan santun.Itulah menjadi kebanggaan kaum melayu.Tuan rumah menjemput kami menjamu selera.Nasi berlaukkan daging kawah,tempe dan soon goreng,ayam gorang dan beberapa lauk lain yang menyelerakan.Namun aku hanya mengambil makanan sekadar untuk mengalas perut.Sambil berborak-borak,rakanku terpandang dia.Aku memandang ke arah dia.Dia tersenyum dan menghampiri kami.Aku  pun tersenyum.Entah apa yang bermain difikiranku,hanya Allah SWT yang tahu.Aku membelakangkan dia.Rasa x mampu nak memandang.Entah ..kenapa dengan diriku..

Kenangan lama kembali menggamit kotak memoriku.Dia,seorang lelaki yang ku kira istimewa dalam hidup ku.Sejak habis SPM aku dan dia berkawan .Tatkala aku sedih,dia pasti ada di situ.Dia pasti cuba untuk membuat aku ketawa.Dia sentiasa mengambil berat tentang aku walau aku demam ringan.Walau semua tindak tanduk nya hanya melalui lafaz kata-kata,namun aku gembira mengenali dia.Sehingga lah satu waktu, dia melamarku.Namun ,aku terus kelu,membisu dan meminta tempoh sehingga habis aku belajar.Padahal masa itu,aku menyayangi seorang lelaki lain.Lantas dia terus membisu.Sehinggalah aku mendapat khabar dia akan mendirikan masjid.Aku terkejut namun aku redha.Biar Allah SWT tahu apa dalam hatiku.

Anganku dikejutkan.Sementara menanti pengantin perempuan,kami bergambar.Aku meminta sekeping gambar ditangkap hanya dengan dia.Biarlah buat kali terakhir.Semasa mengambil gambar,sayu rasa hati.Aku rasa terlalu dekat dengan dia.Aku tahu noktah telah diletak di dalam hubungan kami.Rasa ini kami pendam sejak sekolah.Namun,masa ,diri dan keadaan menjadikan rasa itu diketepikan.Adakah aku yang bersalah?Entah,namun aku gembira untuk diri dia.Semoga berbahagia selama-lamanya.


Friday, December 4, 2009

My great memory of 2005-2009

Friendship isn't always easily described.Therefore i caught this sweet poem and dedicate to the people that had made my life full of joy ...




Thank You, Friend
Thank you, friend, for all the things
That mean so much to me--
For concern and understanding
You give abundantly.
Thanks for listening with your heart;
For cheering me when I'm blue;
For bringing out the best in me;
And just for being you.

 
Thanks for in-depth conversation
That stimulates my brain;
For silly times we laugh out loud;
For things I can't explain.
For looking past my flaws and faults;
For all the time you spend;
For all the kind things that you do,
Thank you; thank you, friend.
 









 This people is my best est part of my life..even i go anywhere else..i will not ever found someone like em....

There are alwayz there for me since 2005-2009...Thank u all

  and Sorry for everythingg


 




Saturday, November 28, 2009

Welcoming Remark by Me

Assalammualaikum...
tgk title pun tau..poyoz jer...
Well..welcome to My blog..so here it is at last from friendster blog..
i decide to move to blogspot..
tp slow2lah...coz im new and need more times to study bout benda alah ni...well
till then..