RSS

Wednesday, February 8, 2012

Going to update soon

Hollaaa..

I'm going to update my blog soon...ble?? tunggu je la....heee

Tuesday, May 24, 2011

Lestary Chinta Studio 'Online Contest', Edisi 1-Pertunangan: Melodi Indah Untuk Cinta Hatiku






Salam para pengunjung blog LESTARY CHINTA STUDIO, lama blog ini tidak 'update'. Tetapi post pada kali ini amat ISTIMEWA kerana saya, Eisya Rahman dan team Lestary Chinta sangat-sangat berbesar hati untuk menganjurkan 'Online Contest' Edisi 1 - Pertunangan sempena ulangtahun Lestary Chinta Studio yang pertama.
Untuk menyertai 'Online Contest' ini, sudah pasti ada syarat-syarat yg perlu dipatuhi...so tarik nafas dan baca satu persatu syaratnya yer...lagipun syaratnya tak lah susah macam Puteri Gunung Ledang letakkan syarat pada Sultan Mahmud...hehehehe. Di antara terma dan syarat yg harus dipatuhi oleh peserta adalah :
1. Pertandingan ini dibuka kepada peserta yg PESERTA YG INGIN MELANGSUNGKAN IKATAN PERTUNANGAN di KUALA LUMPUR / SELANGOR DAN PUTRAJAYA SAHAJA.

2. 'Online Contest' ini dibuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 21 tahun ke atas.

3. Peserta perlu mempunyai BLOG sendiri dan menjadi FOLLOWER Lestary Chinta Studio, http://lestary-chinta-studio.blogspot.com/ dan add TouchBy Eisya Rahman di Facebook.

4. Letakkan BANNER / BADGE rasmi 'Online Contest' ini di 'New post' dan di 'Sidebar' blog anda dan juga entri pertandingan. Sila link ke blog LESTARY CHINTA STUDIO.

5. Buat satu (1) entri yang tertajuk LESTARY CHINTA STUDIO 'ONLINE CONTEST', EDISI 1 - PERTUNANGAN : 'MELODI INDAH UNTUK CINTA HATIKU'

6. Dalam entri tersebut, letakkan lirik lagu yang menjadi tema kisah percintaan anda dan ceritakan mengapa lirik lagu tersebut cukup bermakna bagi kisah percintaan anda. Esei tidak perlu meleret-leret jalan ceritanya tetapi cerita anda biarlah ringkas tetapi menarik dan berjaya buat juri pun terasa berada di awang-awangan dengan entri anda. Panjang esei adalah lebih kurang 200 patah perkataan.

7. Sertakan sekeping gambar anda dan pasangan di dalam entri anda (HANYA SEKEPING SAHAJA). Gambar tersebut mesti la dalam keadaan yg SOPAN ye...sbb lesen penuh tak dapat lagi kan...

8. Ceritakan juga serba sedikit secara ringkas kenapa anda berminat dan tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan oleh LESTARY CHINTA STUDIO sehingga anda berharap sangat untuk menang dalam 'Online Contest' ini.

9. HADIAH UTAMA hanya untuk 1 (satu) pemenang sahaja, Lima (5) HADIAH SAGUHATI manakala setiap penyertaan akan menerima 'Voucher' potongan harga untuk mana-mana pakej di Lestary Chinta Studio. Ada HADIAH MISTERI untuk peserta yang PERTAMA meninggalkan KOMEN di dalam entri ini.

10. Hadiah utama disediakan sepenuhnya oleh team Lestary Chinta Studio mengikut syarat dan terma yang telah ditetap dan kami juga berhak menarik balik jika pemenang 'Online Contest' ini melanggar mana2 syarat dan terma/pencanggahan tarikh/tiada persetujuan untuk extra pembayaran bagi pengangkutan. Hadiah tidak boleh di tukar dengan wang ringgit (RM).

11. Hadiah boleh digunakan sepanjang tahun sehingga NOVEMBER 2011 (Tertakluk kepada kekosongan tarikh/saiz baju)

12. Setelah siap entri di blog peserta, sila tinggalkan KOMEN di entri ini dan letakan alamat blog anda untuk saya dan para juri melawat dan membaca entri anda. Hanya yg tinggalkan KOMEN DAN ALAMAT BLOG SAHAJA YANG AKAN DI LAYAN. Sebarang surat-menyurat, emel dan sms tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2011 sebelum jam 12.00 malam. HADIAH UNTUK 'ONLINE CONTEST' EDISI 1 - PERTUNANGAN ADALAH :

HADIAH UTAMA

PAKEJ PERTUNANGAN LESTARY CHINTA
  • Mini Pelamin dan hiasan
  • Makeup 1 x by Eisya Rahman
  • Sanggul/tataris pemakaian tudung
  • Aksesori dan Selendang/Vail
  • Pakaian Pertunangan
  • 7 Hiasan Gubahan Hantaran
  • 7 Dulang berserta alas
  • Bunga Tangan 'Fresh Flower'
  • Fotografi untuk Photobook (8 x 12) 20 m/s termasuk editing dan disertakan sekali lirik lagu di dalam entri pemenang
LIMA (5) HADIAH SAGUHATI
  • 'Voucher' 25% untuk mana-mana Pakej Lestary Chinta Studio
HADIAH PENYERTAAN
  • 'Voucher' 10% untuk mana-mana Pakej Lestary Chinta Studio
Sila emel kepada saya, Eisya Rahman untuk saya emelkan BANNER/BADGE dan kandungan entri ini untuk diletakan di blog para peserta kerana anda tidak boleh 'copy & paste' dari blog ini. Sebarang pertanyaan atau persoalan, sila emel ke eisya_rahman@ymail.com .
SELAMAT BERJAYA DARI SAYA DAN TEAM LESTARY CHINTA STUDIO
IMPIAN ANDA INSPIRASI KAMI

This is my entry:


Lirik ini hanya untuk insan bernama Zuhairi Rozi..alwayz be there for me...
Love u alwayz...

Hanya Dia-Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti

Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

*
Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia


**
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia.....
                                                               

                                                           
Pertemuan kami bermula dengan Program-program di UIA...tidak terlintas untuk jatuh cinta dengan diri nya...kerana perbezaan umur ...ku panggil dirinya adik pada mulanya...mungkin pertemuan demi pertemuan dan masing-masing sedang terluka...membuihkan buih-buih cinta di dalam hati kami..selepas hampir 4 tahun...huluran cinta kuterima dan aku mula meletakkan suatu kepercayaan kepada satu hubungan bernama CINTA...walau rase takut itu ada namun aku kuatkan diri untuk terus mencintai dirinya..

Lirik lagu di atas menggambarkan mengapa diri ini mencintai dirinya..kerna perbezaan yang aku temui di dalam dirinya..dirinya sungguh memahami diriku..pantas bijak menelek apa yang tersirat melalui suratan di depan mata...walau kadang kala sedikit keanak-anakan tetapi aku yakin aku mampu menggapai mahligai indah bersama dirinya dengan restu dari Illahi,kedua ibu dan semua.Sukar mencari cinta.Alhamdullilah aku menemuinya ...

Insyallah kami akan bertunang bulan 10 di Cheras ,Selangor ..dan mahu menyertai pertandingan ini kerana mahu merealisasikan impian pertunangan kami bersama sentuhan lestary chinta studio....semoga bahagia itu terus menjadi milik semua apabila menghadiri majlis pertunangan kami dengan kehadiran lestary chinta studio....



Wednesday, May 18, 2011

Rindu Menulis

Assalammualaikum semua...

Lame nye tak menulis sehingga rindu tu menjelma...bz bz b...alasan manusia yang konon2 nye xder mase untuk membersihkan abuk di blog sendiri..heheheeh
Alhamdullilah sudah 5 bulan bergelar lawyer..xder ape yang menarik cume satu stress sahaja...1/6/2011 ni bakal kua ke law firm lain..bye bye Ghazi & Lim..da dekat setahun lebih kat situ...sekrang mahu berubah..mencari tmpt lain...
Untuk tips mencari law firm bagi bakal chambering..cari laa firm yg owner sembahyang,firm yg tak terlalu beso atau kecik...huuhuu...ade kwn2 yang bosses ok..staf KO...ade yg Staff ok..bosses KO..ape2 pun rezeki di bumi Allah ni luas..cume kena rajin usaha ..cari dan cari...
Mungkin ada yang bernasib baik..mungkin ada yang kurang..tp my prinsip xsalah bermula dari bawah walau terpaksa jadi kerani pun....aku pun pernah jadi part time clerk..best tuh..stress x de laa mcm stress jadi lawyer ni....
Ape-ape pun coretan ni untuk melepaskan rindu.....

Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha

HaRI RaYA AIDILADHA MENJELMA JUGA...KEMERIAHAN RAYA KORBAN NI LANGSUNG TIDAK TERASA..SEBAB APE..MUNGKIN UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI MERASAKAN HARI RAYA AIDILFITRI LAGI MERIAH....BETUL TIDAK...PAGI-PAGI ABAH N AZIM DAH PG SEMAYANG RAYA DAN TUKAR BAJU UNTUK SEMBELIH LEMBU..TAHUN NI KAWASAN RUMAHKU BUAT KORBAN 9 EKOR LEMBU....KORBAN..PENGORBANAN....                                     SATU PERKARA YANG SANGAT BESAR..BUKAN BAGI AKU JE..BAHKAN RAMAI ORANG...IMPIAN AKU..DARI SUDUT PENGORBANAN RAYA KORBAN NI..AKU NAK TUMBANGKAN 1 ATAU MUNGKIN LEBIH LEMBU ATAU KAMBING..N BAGI PADA ORANG-ORANG SUSAH DI MALAYSIA NI..ADE LAGI KE ORANG SUSAH??RATA-RATA MASYARAKAT SEKRANG SEMUA MAMPU MEMILIKI HP CANGGIH MANGGIH...YANG AKU KIRE KEPERLUAN TETAPI MENGIKUT KEMAMPUAN...TAPI XPELAA NANTI AKU CARI BILE BERKEMAMPUAN SATU HARI NANTI...                                

Sunday, September 26, 2010

salam lebaran

Salam lebaran dari diriku untuk semua...kire lambat laa juga aku wish dlm blog ni..lantaran ke bz an yg melanda..bz kee...bleh la....raya mcm besa...x de ape yg menarik ..cume tahun ni berbeza dgn kehadiran seseorg yg melengkapi hidup ku....yang benar-benar membuatkan aku jatuh cinta pada dirinya......

the best part is...die membuat kek untuk diri ku..hee sweet sgt..thanx a lot.. to him..bile laa pulak aku nak masak untuk die...tp aku mmg sgt bahagia

chambering abis lagi 1bulan setengah...mula kan langkah untuk mencari kerja...rezeki ade di mana....aku sentiasa berpegang pada prinsip tu...haippp...insyallah......dalam chambering nah abis ni...next week 4 hb aku konvo.....walau semngt nak konvo tu suam2 kuku je..tp aku dayakan laa jugak..malas nak pk..

ape yg berlaku sejak 2 menjak ni ..kerja jeee laaaa....kerja ku kdg aku smgt kdg2 tetiba jatuh smgt..

p/s hari ni jumpe kwn lame..tp die wat bodo..ade aku kesah ...

Sunday, August 8, 2010

RiNDu

malam ni hati aku berlagu rindu pada dia dan mereka...
dia yang x mungkin aku capai lagi
mereka yang sudah pun memiliki hidup masing-masing


hari-hari yang berlalu
macam menarik-narik aku ke satu kehidupan 
Yang aku tak mungkin berpatah balik
walau rindu itu semakin kuat berdesir 
namun aku hanya mampu melangut 
membiar desiran-desiran itu
datang dan pergi
menggugah hidup ku walau seketika..


rindu ...pergilah..
biar kadangkala ia datang
hanya untuk membuatkan aku tersenyumm....

Thursday, June 17, 2010

ceRITa kInI

huu huu...x sangka dah 5 bulan chambering ni...lagi 4 bulan journey ni n aku kena redah n terus tabah.....
macam-macam cerita dan pengalaman yang aku dpt..


hari ni 16/6./2010..aku menduduki exam legal ethic...di mana exam ni adalah salah satu exam yg payah untuk bakal2 lawyer...walaupun open book test tapi pengalaman adalah satu benda yang berharga untuk menjawab soalan ini....hurm mohon sangat2 untuk lulus n tak perlu ulangi lagi....amin...tapi rezeki itu milik Allah...aku dah belajar dan aku serahkan semua nye pada Allah SWT..tp aku dapat sesuatu yang sangat berharga melalui pembacaan artikel2 ....untuk menjadi seorang lawyer yang berjaya kite kena cintakan law....mungkin itulah kekurangan aku..kurangnya cinta kepada law..dan aku tidak terlalu eager untuk mengejar perkembangan law semasa...minat aku betul2 dipersimpangan...


hari-hari yang berlalu mmg cepat sangat.....isnin hingga jumaat...9 pagi hingga 5.30 petang mmg pantas sangat...mase awal2 chambering menanti waktu pulang..sekarang dihalau pulang....lawak kan.....ade sesuatu yang aku belajar semasa chambering ni...masa itu emas...aku mula belajar membahagikan masa kerana dunia ku sekrang semuanya adalah dateline....kalau tidak berlari lebih laju dengan masa..semuanya akan jadi kelam kabut...


minggu  lpas..kelam kabut aku mengejar dateline percetakan nasional malaysia berhad untuk gazzate kan petition  winding up...kerana KELAM KABUT tu.....aku telah tersilap menulis nama untuk cek...PNMB jadi PNB...adus...gawat...dan cek itu di return..aku kena pohon account issue cek baru..tp nilai dari RM 120 kemudian dinaikkan kepada RM180...kerana aku telah terlewat tarikh akhir penghataran AP....adus....aku rase bersalah sangat pada client...hari isnin sejurus selepas bos sign cek,..aku terus menghantar dengan sendiri cek itu dan alhamdullillah selesai.....insyallah AP akan di advertise pada 24 june ni...tp aku tetap rase bersalah sangat2...kerana kesilapan kecil ini....ini lah kelalaian aku....


29/6/10 ni..aku bakal ke kota damansara untuk menghadapi introduction session with KL bar cmttee...which is also a prominent lawyer...semoga semua berjalan dengan baik....insyallah
bermula July beberapa seri kursus n workshop aku looking fwd untuk pergi sementara menanti legal AID....
huu huu jadual sangat padat...termasuk kerja-kerjaku sebagai despath ,opertr,dan lawyer...tp semuanya berharga.....biarkan semuanya baik2...


aku kini ingin mencuba untuk practice...mungkin jika ini takdir aku akan tinggalkan bidang event selama-lamanya..kerna aku sendiri rase dah tiba masa aku melangkah untuk pergi ke tempat lain...