RSS

Saturday, December 19, 2009

Dia


Perjalanan ke rumah pengantin tidak mengambil masa yang terlalu lama.Aku turun dari kereta dan perlahan-lahan menapak ke arah rumah pengantin.Kami berempat dijemput masuk oleh ayah pengantin.Aku memerhatikan sekeliling.Mencari-cari wajah yang sudah hampir 8 tahun tidak bertemu.Usai kami masuk ke dalam rumah,aku dan rakan-rakanku menghulurkan tangan tanda beradab.Orang melayu kaya dengan sopan dan santun.Itulah menjadi kebanggaan kaum melayu.Tuan rumah menjemput kami menjamu selera.Nasi berlaukkan daging kawah,tempe dan soon goreng,ayam gorang dan beberapa lauk lain yang menyelerakan.Namun aku hanya mengambil makanan sekadar untuk mengalas perut.Sambil berborak-borak,rakanku terpandang dia.Aku memandang ke arah dia.Dia tersenyum dan menghampiri kami.Aku  pun tersenyum.Entah apa yang bermain difikiranku,hanya Allah SWT yang tahu.Aku membelakangkan dia.Rasa x mampu nak memandang.Entah ..kenapa dengan diriku..

Kenangan lama kembali menggamit kotak memoriku.Dia,seorang lelaki yang ku kira istimewa dalam hidup ku.Sejak habis SPM aku dan dia berkawan .Tatkala aku sedih,dia pasti ada di situ.Dia pasti cuba untuk membuat aku ketawa.Dia sentiasa mengambil berat tentang aku walau aku demam ringan.Walau semua tindak tanduk nya hanya melalui lafaz kata-kata,namun aku gembira mengenali dia.Sehingga lah satu waktu, dia melamarku.Namun ,aku terus kelu,membisu dan meminta tempoh sehingga habis aku belajar.Padahal masa itu,aku menyayangi seorang lelaki lain.Lantas dia terus membisu.Sehinggalah aku mendapat khabar dia akan mendirikan masjid.Aku terkejut namun aku redha.Biar Allah SWT tahu apa dalam hatiku.

Anganku dikejutkan.Sementara menanti pengantin perempuan,kami bergambar.Aku meminta sekeping gambar ditangkap hanya dengan dia.Biarlah buat kali terakhir.Semasa mengambil gambar,sayu rasa hati.Aku rasa terlalu dekat dengan dia.Aku tahu noktah telah diletak di dalam hubungan kami.Rasa ini kami pendam sejak sekolah.Namun,masa ,diri dan keadaan menjadikan rasa itu diketepikan.Adakah aku yang bersalah?Entah,namun aku gembira untuk diri dia.Semoga berbahagia selama-lamanya.


No comments:

Post a Comment