RSS

Saturday, December 26, 2009

kEisTimewaaN MuhArraM

Berdasarkan pembacaanku..bulan muharram adalah salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT .Muharram bermaksud dilarang.Pada bulan ini kalau kite buat banyak amal ibadat ..insyallah Allah akan melipatgandakan pahala dan sebaliknya sekiranya kita melakukan maksiat...aku harap aku boleh menjauhkan diri dari maksiat bukan sahaja di bulan Muharram tetapi bulan-bulan yang islam yang lain..Amin


Tanggal 10 Muharram ,Allah menyelamatkan Nabi Musa As dan bani Israel dari dikejar Firaun...Mereka memuliakan dengan berpuasa..Kemudian Rasulullah telah menetapkan puasa 10 Muharram sebagai tanda kesyukuran atas pertolongan yang diberikan pada Allah..


Alhamdullillah aku cube menyempurnakan puasa 10 Muharram ini kerana Allah SWT byk membantu aku selama aku hidup 24 tahun di bumi Allah ni...Istimewanya dan Kebetulan hari jadi aku tahun ni jatuh pada 9 Muharram..cume aku tidak dpt berpuasa sunat lantaran menghadiri kenduri sahabatku Oshin..gembira melihat Oshin dah pun selamat menjadi suri kepada seorang lelaki yang bertuah...Bile pula aku?? He hee
Keistimewaan hari ini juga kerana hari ni hari jadi adikku Farah...Selamat Hari Jadi ke 21...


Banyak perkara bermain difikiranku...
Buat kedua kalinya..aku membuat satu keputusan yang baik bagiku ..aku mengundurkan diri dari prog yang diilhamkan oleh diriku..namun dek kerana kekecewaan ..aku mengundur diri...tanpa semua sedar..aku memerhati dan terus memerhati.Melihat cara mereka bekerja.Mungkin aku terlalu tua untuk tidak berpuas hati..Lantas sebelum aku terus menyusahkan mereka dengan kecerewetan aku,aku mengundur diri tanggal 1 Muharram yang lalu.


Aku kira banyak perkara baik berlaku Bulan ni..Istimewa di hati..aku bertemu dengan 3 sahabat lama..Syikin ..kawan sekolah rendahku..kira2 hampir 12 tahun aku tidak bertemu dengan syikin..sungguh aku rindukan Zaman sekolah rendah di Kemaman..geng-geng poyoz Pengawas Library..he hee..bertukar-tukar cerita smpai tak sedar masa berlalu..wahhh aku juga terharu melihat perubahan syikin..bila lagi aku nak menjadi muslimah sejati seperti dia..Sahabatku ..tunang seseorang dan kini meneruskan pengajian sebagai seorang doctor..Bila dikira 3 org sahabatku doctor..waa waa...bestnyaa...





Semalam..selepas menghadiri kenduri Oshin dengan kakakku serta 2 sahabat sekolah menengahkku.nazira dan hanim..menyusuri rumah kawan kakak ku yang bertunang..cantik sungguh..n bertukar arah menunaikan solat zohor di rumah Hanim..kagum..terdetik di hati..bertuah sungguh hanim dapat lahir di dalam mahligai...Kemudian menyusuri jalan ke KLCC..YaAllah ramai nya umat manusia di sana..macam berjalan di pasar malam...nak naik eskelator pun beratur...he hee..tergelak aku..aku meraikan bday dengan beribu-ribu manusia di KLCC..kami hanya duduk n minum2 dan makan2..ha haa..makan lagi..tp yg ringan2 la..bercerita dan terus bercerita...sedar2 dah pukul 5.30.kemudian kami beredar dan pulang ke rumah.
 

Itu setakat 10 Muharram..Insyallah buka puasa bersama semua anggota keluarga hari ni di tempat yang istimewa..cadang2 nak ke Melaka..tp melihat keadaan jalan yg confirm Jam kerana org balik dr kmpung..Plan tidak menjadi...tapi ttp memilih tmpt yg istimewa untuk berbuka..


Alhamdullillah..aku rasa bahagia..rasa Warm di dalam hati..mungkin ini rasanya bila kita belajar mendekati pencipta kitakan...Aku harap Muharram yang selepas ini akan terus tenang...Aku akan terus kuat untuk Rabu depan...untuk menghadapi ujian penentu hidupku..dan Aku kena laa struggle berlipat kali ganda..

No comments:

Post a Comment