RSS

Wednesday, February 8, 2012

Going to update soon

Hollaaa..

I'm going to update my blog soon...ble?? tunggu je la....heee

Tuesday, May 24, 2011

Lestary Chinta Studio 'Online Contest', Edisi 1-Pertunangan: Melodi Indah Untuk Cinta Hatiku






Salam para pengunjung blog LESTARY CHINTA STUDIO, lama blog ini tidak 'update'. Tetapi post pada kali ini amat ISTIMEWA kerana saya, Eisya Rahman dan team Lestary Chinta sangat-sangat berbesar hati untuk menganjurkan 'Online Contest' Edisi 1 - Pertunangan sempena ulangtahun Lestary Chinta Studio yang pertama.
Untuk menyertai 'Online Contest' ini, sudah pasti ada syarat-syarat yg perlu dipatuhi...so tarik nafas dan baca satu persatu syaratnya yer...lagipun syaratnya tak lah susah macam Puteri Gunung Ledang letakkan syarat pada Sultan Mahmud...hehehehe. Di antara terma dan syarat yg harus dipatuhi oleh peserta adalah :
1. Pertandingan ini dibuka kepada peserta yg PESERTA YG INGIN MELANGSUNGKAN IKATAN PERTUNANGAN di KUALA LUMPUR / SELANGOR DAN PUTRAJAYA SAHAJA.

2. 'Online Contest' ini dibuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 21 tahun ke atas.

3. Peserta perlu mempunyai BLOG sendiri dan menjadi FOLLOWER Lestary Chinta Studio, http://lestary-chinta-studio.blogspot.com/ dan add TouchBy Eisya Rahman di Facebook.

4. Letakkan BANNER / BADGE rasmi 'Online Contest' ini di 'New post' dan di 'Sidebar' blog anda dan juga entri pertandingan. Sila link ke blog LESTARY CHINTA STUDIO.

5. Buat satu (1) entri yang tertajuk LESTARY CHINTA STUDIO 'ONLINE CONTEST', EDISI 1 - PERTUNANGAN : 'MELODI INDAH UNTUK CINTA HATIKU'

6. Dalam entri tersebut, letakkan lirik lagu yang menjadi tema kisah percintaan anda dan ceritakan mengapa lirik lagu tersebut cukup bermakna bagi kisah percintaan anda. Esei tidak perlu meleret-leret jalan ceritanya tetapi cerita anda biarlah ringkas tetapi menarik dan berjaya buat juri pun terasa berada di awang-awangan dengan entri anda. Panjang esei adalah lebih kurang 200 patah perkataan.

7. Sertakan sekeping gambar anda dan pasangan di dalam entri anda (HANYA SEKEPING SAHAJA). Gambar tersebut mesti la dalam keadaan yg SOPAN ye...sbb lesen penuh tak dapat lagi kan...

8. Ceritakan juga serba sedikit secara ringkas kenapa anda berminat dan tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan oleh LESTARY CHINTA STUDIO sehingga anda berharap sangat untuk menang dalam 'Online Contest' ini.

9. HADIAH UTAMA hanya untuk 1 (satu) pemenang sahaja, Lima (5) HADIAH SAGUHATI manakala setiap penyertaan akan menerima 'Voucher' potongan harga untuk mana-mana pakej di Lestary Chinta Studio. Ada HADIAH MISTERI untuk peserta yang PERTAMA meninggalkan KOMEN di dalam entri ini.

10. Hadiah utama disediakan sepenuhnya oleh team Lestary Chinta Studio mengikut syarat dan terma yang telah ditetap dan kami juga berhak menarik balik jika pemenang 'Online Contest' ini melanggar mana2 syarat dan terma/pencanggahan tarikh/tiada persetujuan untuk extra pembayaran bagi pengangkutan. Hadiah tidak boleh di tukar dengan wang ringgit (RM).

11. Hadiah boleh digunakan sepanjang tahun sehingga NOVEMBER 2011 (Tertakluk kepada kekosongan tarikh/saiz baju)

12. Setelah siap entri di blog peserta, sila tinggalkan KOMEN di entri ini dan letakan alamat blog anda untuk saya dan para juri melawat dan membaca entri anda. Hanya yg tinggalkan KOMEN DAN ALAMAT BLOG SAHAJA YANG AKAN DI LAYAN. Sebarang surat-menyurat, emel dan sms tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2011 sebelum jam 12.00 malam. HADIAH UNTUK 'ONLINE CONTEST' EDISI 1 - PERTUNANGAN ADALAH :

HADIAH UTAMA

PAKEJ PERTUNANGAN LESTARY CHINTA
  • Mini Pelamin dan hiasan
  • Makeup 1 x by Eisya Rahman
  • Sanggul/tataris pemakaian tudung
  • Aksesori dan Selendang/Vail
  • Pakaian Pertunangan
  • 7 Hiasan Gubahan Hantaran
  • 7 Dulang berserta alas
  • Bunga Tangan 'Fresh Flower'
  • Fotografi untuk Photobook (8 x 12) 20 m/s termasuk editing dan disertakan sekali lirik lagu di dalam entri pemenang
LIMA (5) HADIAH SAGUHATI
  • 'Voucher' 25% untuk mana-mana Pakej Lestary Chinta Studio
HADIAH PENYERTAAN
  • 'Voucher' 10% untuk mana-mana Pakej Lestary Chinta Studio
Sila emel kepada saya, Eisya Rahman untuk saya emelkan BANNER/BADGE dan kandungan entri ini untuk diletakan di blog para peserta kerana anda tidak boleh 'copy & paste' dari blog ini. Sebarang pertanyaan atau persoalan, sila emel ke eisya_rahman@ymail.com .
SELAMAT BERJAYA DARI SAYA DAN TEAM LESTARY CHINTA STUDIO
IMPIAN ANDA INSPIRASI KAMI

This is my entry:


Lirik ini hanya untuk insan bernama Zuhairi Rozi..alwayz be there for me...
Love u alwayz...

Hanya Dia-Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti

Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

*
Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia


**
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia.....
                                                               

                                                           
Pertemuan kami bermula dengan Program-program di UIA...tidak terlintas untuk jatuh cinta dengan diri nya...kerana perbezaan umur ...ku panggil dirinya adik pada mulanya...mungkin pertemuan demi pertemuan dan masing-masing sedang terluka...membuihkan buih-buih cinta di dalam hati kami..selepas hampir 4 tahun...huluran cinta kuterima dan aku mula meletakkan suatu kepercayaan kepada satu hubungan bernama CINTA...walau rase takut itu ada namun aku kuatkan diri untuk terus mencintai dirinya..

Lirik lagu di atas menggambarkan mengapa diri ini mencintai dirinya..kerna perbezaan yang aku temui di dalam dirinya..dirinya sungguh memahami diriku..pantas bijak menelek apa yang tersirat melalui suratan di depan mata...walau kadang kala sedikit keanak-anakan tetapi aku yakin aku mampu menggapai mahligai indah bersama dirinya dengan restu dari Illahi,kedua ibu dan semua.Sukar mencari cinta.Alhamdullilah aku menemuinya ...

Insyallah kami akan bertunang bulan 10 di Cheras ,Selangor ..dan mahu menyertai pertandingan ini kerana mahu merealisasikan impian pertunangan kami bersama sentuhan lestary chinta studio....semoga bahagia itu terus menjadi milik semua apabila menghadiri majlis pertunangan kami dengan kehadiran lestary chinta studio....



Wednesday, May 18, 2011

Rindu Menulis

Assalammualaikum semua...

Lame nye tak menulis sehingga rindu tu menjelma...bz bz b...alasan manusia yang konon2 nye xder mase untuk membersihkan abuk di blog sendiri..heheheeh
Alhamdullilah sudah 5 bulan bergelar lawyer..xder ape yang menarik cume satu stress sahaja...1/6/2011 ni bakal kua ke law firm lain..bye bye Ghazi & Lim..da dekat setahun lebih kat situ...sekrang mahu berubah..mencari tmpt lain...
Untuk tips mencari law firm bagi bakal chambering..cari laa firm yg owner sembahyang,firm yg tak terlalu beso atau kecik...huuhuu...ade kwn2 yang bosses ok..staf KO...ade yg Staff ok..bosses KO..ape2 pun rezeki di bumi Allah ni luas..cume kena rajin usaha ..cari dan cari...
Mungkin ada yang bernasib baik..mungkin ada yang kurang..tp my prinsip xsalah bermula dari bawah walau terpaksa jadi kerani pun....aku pun pernah jadi part time clerk..best tuh..stress x de laa mcm stress jadi lawyer ni....
Ape-ape pun coretan ni untuk melepaskan rindu.....

Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha

HaRI RaYA AIDILADHA MENJELMA JUGA...KEMERIAHAN RAYA KORBAN NI LANGSUNG TIDAK TERASA..SEBAB APE..MUNGKIN UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI MERASAKAN HARI RAYA AIDILFITRI LAGI MERIAH....BETUL TIDAK...PAGI-PAGI ABAH N AZIM DAH PG SEMAYANG RAYA DAN TUKAR BAJU UNTUK SEMBELIH LEMBU..TAHUN NI KAWASAN RUMAHKU BUAT KORBAN 9 EKOR LEMBU....KORBAN..PENGORBANAN....                                     SATU PERKARA YANG SANGAT BESAR..BUKAN BAGI AKU JE..BAHKAN RAMAI ORANG...IMPIAN AKU..DARI SUDUT PENGORBANAN RAYA KORBAN NI..AKU NAK TUMBANGKAN 1 ATAU MUNGKIN LEBIH LEMBU ATAU KAMBING..N BAGI PADA ORANG-ORANG SUSAH DI MALAYSIA NI..ADE LAGI KE ORANG SUSAH??RATA-RATA MASYARAKAT SEKRANG SEMUA MAMPU MEMILIKI HP CANGGIH MANGGIH...YANG AKU KIRE KEPERLUAN TETAPI MENGIKUT KEMAMPUAN...TAPI XPELAA NANTI AKU CARI BILE BERKEMAMPUAN SATU HARI NANTI...                                

Sunday, September 26, 2010

salam lebaran

Salam lebaran dari diriku untuk semua...kire lambat laa juga aku wish dlm blog ni..lantaran ke bz an yg melanda..bz kee...bleh la....raya mcm besa...x de ape yg menarik ..cume tahun ni berbeza dgn kehadiran seseorg yg melengkapi hidup ku....yang benar-benar membuatkan aku jatuh cinta pada dirinya......

the best part is...die membuat kek untuk diri ku..hee sweet sgt..thanx a lot.. to him..bile laa pulak aku nak masak untuk die...tp aku mmg sgt bahagia

chambering abis lagi 1bulan setengah...mula kan langkah untuk mencari kerja...rezeki ade di mana....aku sentiasa berpegang pada prinsip tu...haippp...insyallah......dalam chambering nah abis ni...next week 4 hb aku konvo.....walau semngt nak konvo tu suam2 kuku je..tp aku dayakan laa jugak..malas nak pk..

ape yg berlaku sejak 2 menjak ni ..kerja jeee laaaa....kerja ku kdg aku smgt kdg2 tetiba jatuh smgt..

p/s hari ni jumpe kwn lame..tp die wat bodo..ade aku kesah ...

Sunday, August 8, 2010

RiNDu

malam ni hati aku berlagu rindu pada dia dan mereka...
dia yang x mungkin aku capai lagi
mereka yang sudah pun memiliki hidup masing-masing


hari-hari yang berlalu
macam menarik-narik aku ke satu kehidupan 
Yang aku tak mungkin berpatah balik
walau rindu itu semakin kuat berdesir 
namun aku hanya mampu melangut 
membiar desiran-desiran itu
datang dan pergi
menggugah hidup ku walau seketika..


rindu ...pergilah..
biar kadangkala ia datang
hanya untuk membuatkan aku tersenyumm....

Thursday, June 17, 2010

ceRITa kInI

huu huu...x sangka dah 5 bulan chambering ni...lagi 4 bulan journey ni n aku kena redah n terus tabah.....
macam-macam cerita dan pengalaman yang aku dpt..


hari ni 16/6./2010..aku menduduki exam legal ethic...di mana exam ni adalah salah satu exam yg payah untuk bakal2 lawyer...walaupun open book test tapi pengalaman adalah satu benda yang berharga untuk menjawab soalan ini....hurm mohon sangat2 untuk lulus n tak perlu ulangi lagi....amin...tapi rezeki itu milik Allah...aku dah belajar dan aku serahkan semua nye pada Allah SWT..tp aku dapat sesuatu yang sangat berharga melalui pembacaan artikel2 ....untuk menjadi seorang lawyer yang berjaya kite kena cintakan law....mungkin itulah kekurangan aku..kurangnya cinta kepada law..dan aku tidak terlalu eager untuk mengejar perkembangan law semasa...minat aku betul2 dipersimpangan...


hari-hari yang berlalu mmg cepat sangat.....isnin hingga jumaat...9 pagi hingga 5.30 petang mmg pantas sangat...mase awal2 chambering menanti waktu pulang..sekarang dihalau pulang....lawak kan.....ade sesuatu yang aku belajar semasa chambering ni...masa itu emas...aku mula belajar membahagikan masa kerana dunia ku sekrang semuanya adalah dateline....kalau tidak berlari lebih laju dengan masa..semuanya akan jadi kelam kabut...


minggu  lpas..kelam kabut aku mengejar dateline percetakan nasional malaysia berhad untuk gazzate kan petition  winding up...kerana KELAM KABUT tu.....aku telah tersilap menulis nama untuk cek...PNMB jadi PNB...adus...gawat...dan cek itu di return..aku kena pohon account issue cek baru..tp nilai dari RM 120 kemudian dinaikkan kepada RM180...kerana aku telah terlewat tarikh akhir penghataran AP....adus....aku rase bersalah sangat pada client...hari isnin sejurus selepas bos sign cek,..aku terus menghantar dengan sendiri cek itu dan alhamdullillah selesai.....insyallah AP akan di advertise pada 24 june ni...tp aku tetap rase bersalah sangat2...kerana kesilapan kecil ini....ini lah kelalaian aku....


29/6/10 ni..aku bakal ke kota damansara untuk menghadapi introduction session with KL bar cmttee...which is also a prominent lawyer...semoga semua berjalan dengan baik....insyallah
bermula July beberapa seri kursus n workshop aku looking fwd untuk pergi sementara menanti legal AID....
huu huu jadual sangat padat...termasuk kerja-kerjaku sebagai despath ,opertr,dan lawyer...tp semuanya berharga.....biarkan semuanya baik2...


aku kini ingin mencuba untuk practice...mungkin jika ini takdir aku akan tinggalkan bidang event selama-lamanya..kerna aku sendiri rase dah tiba masa aku melangkah untuk pergi ke tempat lain...

Tuesday, June 15, 2010

Dirimu Diriku.....

Ku kira aku tidak mampu melafazkan secara terang...aku kira aku terpinggir di hujung antara beribu insan yang kau kenali....lantas aku ingin memohon maaf sahabat kerna hanya melalui warkah ini aku mampu lafazkan kata maaf buat dirimu...
aku bukan pendendam..namun masa dan keadaan menyebabkan aku terluka...kenapa perlu mementingkan diri? pabila kau layangkan sms aku tahu puncak ego ini menjadi layu namun aku terus dan terus memburu kerja untuk menolak rasa sayu itu...
sahabat....4 tahun bukan waktu yang singkat ..kerenah dan sikap ku di dalam jari jemari mu..begitu juga dirimu menjadi sebahagian diriku...banyak sudah kite kongsi bersama namun kau kerap mencampak aku di lautan yang kosong dan luas....aku tidak mampu berenang kerana aku tidak tahu berenang...aku sentiasa menunggu dirimu menaiki perahu kecil mu ..datang menghulurkan tangan untuk mendayung bersamaku....
sahabat....aku kira aku yang bersalah kerana menoktahkan segala2nya..namun ini mungkin pengajaran berharga buat dirimu...hargailah insan yang benar2 menyanyangi diri mu..kerna berkali2 terluka menyebabkan aku lelah untuk bangun lagi...aku semakin rapuh dan akhirnya hancur sendiri............




MAAFKAN aku.... Sahabat dunia Akhirat ku....sayang dirimu selamanya
Terima kasih UA...

Nusaibah 2005-2010

Wednesday, May 26, 2010

sepintas hati

agak lama aku tidak menulis..lantaran kesibukan diri yang membuatkan aku ketandusan idea untuk bermonolog di sini..huu huuu..sedang berdebar2 menanti june..bakal menjadi pengapit kepada kakak kesayangan dan juga bakal menduduki legal ethic exam..penting2...


kembali ke bulan may yang penuh dan padat....minggu pertama berlalu macam biasa..kerja n kerja....minggu kedua..aku bertuah kerana terpilih program malaysia-international youth prog.(MIYP)..di kuala lumpur..seminggu lari dari kesibukan kerja dgn ery , telo n wendy..huu huu...best...culture...ukhuwah yang aku dpt dari prog ni....semua kwn2 best...kire adik2 laa..aku belajar untuk tidak terlalu mencapapkan diri...huu huu untuk menari..aku memakai costume indian wedding...berat ..tp mungkin kerana aku berdarah india nampak seperti baju itu molek untuk diriku...tp untuk menari dgn baju itu beratnya...2 kali kaki aku terpelecok...n natijahnya aku menahan sakit kaki..tp aper2 pun prog tu best.....minggu 3...selepas wendy berlalu dr ghazi & lim...mulalah kesibukan diriku ....hari2 pergi court...letih2...esok pun pg ct pagi n ptg,..n susah..sgt susah..first time open court esok,.n rase takut tu Allah je yang tahu...


saat aku menulis ..otak aku teringat pada seseorg yang jauh sgt..kenapa terasa rindu begitu kuat akhir2 ini..entahlahh.....biar je laaa...
hurm...kembali kepada cintaku...hari tu die melafazkan sesuatu kata yg sgt sweet..aku akan smpn dalam hati..n aku tahu aku sgt bahagia dengan die...dan aku pasti aku sgt syg pd die...heeee


mata dah mula tsak boleh diangkat...needdd to sleepp..nite

Saturday, April 10, 2010

Untuk Mu




Lirik ini hanya untuk insan bernama Zuhairi Rozi...alwayz be there for me...
Love u alwayz...


Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

*
Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia


**
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia.....

Wednesday, April 7, 2010

Susahnya nak jadi seorg bakal lawyer

Lame x menulis lantaran kesibukan diri dan semangat yang sebu...
Hari-hari aku sebagai chambering student ni sangat menguji diri ku..sape kate ilmu di LLB x apply ..
oo tidak same sekali...sangat2 lah berguna pengetahuan itu...so..grab laa seberapa ilmu untuk bekalan diri 
Mase chambering ni ..istilah berkawan-kawan memang dah TAK boleh ade dalam kamus Hidup...semua kena INDEPENDENT...semua kena amik tahu sendiri..kena berlari dgn pantas selari dengan kehendak Law firm...

Setahu aku sepanjang 2 bulan menjadi PELATIH DALAM KAMAR ..xpernah sekali pun aku dengar
"BEST GILE CHAMBERING"..hehehee..payah2...kalau ade mmg nak bagi tabik spring..toing toingg kat CHAMBEE tu....lokasi fav ku sejak 2 menjak ni..adalah CT Duta,Ct shah alam,land office,Bar council,n library..hehhee....n the best part is aku blaja jalan di KL ni dengan cemerlangnya..pas ni leh tuka career jadi TAXI driver...

Dulu di Ghazi & Lim ade 5 org chambee..skrg tinggal 3 org je...seorg lagi pun bakal tinggalkan kami hujung april,.sob sobb tinggallah kami berdua..untuk menyelesaikan bertimbun2 keje...keje2 ex-chambee dengan serta merta ditransferkan di atas bahu diri ku n cik Nurul Suhaida...fuh....sabar n tabah....kena harungi gak...

14/4/2010--ade kursus satu hari suntuk untuk exam...aku choose 20 may 2010..untuk menduduki exam..nurul lagi satu amik 15 april...mmg aaa...hebat2..aku plak nak prepare betul2..waduhh pas ni kena laa study balik...exam legal ethic ni ramai failure kott...

duit oooo duit..hehee .sejak jadi Chambee ni ..duit mcam air...ishh ishh,..kulu kilir travel..seb baik leh claim...fuhh ....syukur2....huu huu..(tension sebab gaji dah abis)

Hobi terbaru diriku skrg adalah TIDO..balik umah keje tido..aku suke gak menutup mata n tak yah pk ape2..pagi2 esok pg keje dgn relax je..n menghitung hari untuk tamatkan chambering yg terlalu meletihkan MINDA....semoga aku lehh terus n terus kehadapan..amin

Saturday, March 20, 2010

3/3/2010

Kire post aku kali ni agak rewind ke satu tarikh ...Hurm mula satu cerita pada tarikh itu n aku kire aku mula tersenyum dan rasa bahagia itu hadir...
Bagai mimpi kot..dia hadir tatkala resah..gelisah..serabut n serabai membelenggu diri..tp aku tahu diriku mula syg pada dia..aku cuba menolak diam2 kerana aku kurang yakin dengan diriku..namun atas keyakinan yg dikongsi dengan Aiman..Bie...Bib...yanti..n semua yg syg pada aku...aku rasa x salah membina sesuatu yg baru..lantas memberi peluang bagi diriku n dia...hurm..hidup ku kini penuh dengan rasa tenang dan bahagia..Mungkin kah dia  masa hadapan ku..entah..Biar Allah yang tentukan..Redha sangat..
Aku kini sedang belajar mencintai n dicintai..hargai dirinya sepenuh hati..insyallah

Wednesday, March 17, 2010

No reformation On Child Marriage

Malaysian minister rejects child marriage reform


 
 
Malaysian minister rejects child marriage reform
KUALA LUMPUR (AFP) - – Malaysia's religion minister on Tuesday defended Islamic laws that allow girls under 16 to marry, amid a controversy over two youngsters who were married off to middle-aged men.
The issue has flared in Malaysia after reports that two girls aged 10 and 11 were wed in the conservative northern state of Kelantan last month. They have now been removed from their husbands.
Rights groups have called for the reform of Islamic laws that allow marriage under the age of 16 if religious officials give their consent. Sharia law runs in parallel with civil law in multi-ethnic Malaysia.
"There is no need to amend the law," Jamil Khir Baharom, a cabinet minister in charge of religious affairs, told reporters.
"The law already exists... marrying someone aged 16 and below requires the consent of the court. The court does not simply grant the consent," he said.
"Maturity is a subjective question. It depends on the development of the person. Maturity is not based on age solely."
Pressure group Sisters in Islam has called for an end to child marriages, saying the practice was "unacceptable" but continued in Malaysia because of a "belief that Muslim girls can be married off once they reach puberty".
"The minimum age of marriage for Muslim girls must be raised to 18 to be in compliance with the Child Act which defines children as those below the age of 18," it said in a statement.
Other citizens in the multicultural country -- where the population is dominated by Muslim Malays -- are not permitted to marry before the age of 18.
Malaysian authorities are investigating the case of the two girls in Kelantan, both linked to a man who is accused of leading an Islamic cult.
He is accused of marrying the 11-year-old girl and giving away his 10-year-old daughter to a family friend.
Sharia court officials told the New Straits Times Tuesday the 11-year-old's marriage was not approved in court. The girl was found outside a mosque in the nation's capital over the weekend and is now being treated in hospital. Women, family and community development minister Shahrizat Abdul Jalil has spoken out against the practice.
"A child of that age does not have the choice or capacity to give her full consent and, as such, child marriage is viewed within the context of force and coercion," she said in a statement to AFP.

Friday, March 12, 2010

Kupohon jalan...

Pukul 1.23 pagi...fikiranku entah macam2....aku terus berfikir...kenapa neh...bukan ke aku da buka hatiku untuk dia....kenapa org lain masih dalam hati....rasa nak menangis..sakit Ya Allah SWT..derita...
Pabila kurenung kembali...niat ku untuk menjadi isteri kepada orang lain itu...aku memohon kepada Allah SWT pertemukan jodoh kami...

Dikala kekecewaan melanda dia muncul..kukira sebagai adik...namun dia banyak berada di sana..cume aku x tahu macam mana nak bgtau die..aku tidak pasti adakah ini cinta...suka ada..sayang ada..tp cinta aku statik untuk orang lain...n walau sepicing pun x boleh lupa.walau sedikit pun..tp cuba gagahkan hati kikis rasa itu

Aku sujud ..aku pohon pada Allah SWT beri aku petunjuk...bukan untuk berjiwang2...namun untuk meluahkan rasa..

Thursday, March 4, 2010

Do "MAKSIAT"-wif Conditionsss

Someone fwd This to me through email..n i found this interesting..

Terima 5 syarat maka BOLEH BUAT MAKSIAT
Image removed by sender.
Suatu
hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Biar susah, jangan menyusahkan.

Image removed by sender. Gambar bukti kekuasaan Allah

Friday, February 26, 2010

Salam Menggebu-Gebu

Dah Agak Lama x menulis lantaran kesibukan diri menyusuri satu transaksi hidup yang baru...Sedar-sedar tak sedar dah hampir 1 bulan aku menjalankan tugas sebagai chambering student @ lawyer to be..
Yang aku tahu aku rasa hapy..rase selesa dengan environment tempat kerjaku..walau allowance sekadar dipinggiran namun kupanjatkan syukur..aku mampu lagi menyimpan..syukur2 ku panjatkan pada Illahi..rezeki ku tidak pernah putus2 sejak belajar di UIAM.kire ku x mencari.. pasti ada yang menghubungi diriku.Thanxx to all ..Akak2 kat Mahallah Nusaibah..Officer2 STAD..Madam Noriah..Madam Rusni yang sentiasa memandang diri ini mampu bekerja untuk mereka...dan Kini Di tempat Baru..under supervision Puan Nazeera yang ku kira cool..best...sgt2 aku hormati...seorang Master yang baik...Adat bekerja...stress datang n pergi...namun senyum kena jugak...Nurul ttp Nrul..ttp semangat bekerja...
Mahkamah..sentiasa bz ..tarikh 23.3.2010 tarikh short call n insyallah lepas tu aku leh masuk court ..xsaba rasenye ..pnuh keterujaan namun takut pun ada....
Bulan dua ni..rase bahagia...gembira dikelilingi oleh orang2 yang menyayangi diriku...
menghabiskan masa di Genting Highland.menjadi saksi byk hati..huu huu..dan aku plak hampir tersentuh dengan dia...jauhkan rase itu..hu huu...
Hari ni Maulidur Rasul..aku hanya menghabiskan mase di rumah..penuhkan diri dengan membaca n tidak mampu kemana2..penatnye.

P/s--waiting for Pesta Buku Antarabangsa...

Thursday, February 11, 2010

Kelahiran yang tidak diingini

 
 Get From Utusan..

Sayu..sebak..mase aku tgk gambar si kecik ini..aku rasa nak nangis..tapi tahan je sebab dalam office kan
Mase tu aku berdoa semoga Allah SWT membalas balik perbuatan insan-insan yang tidak berhati perut ini.Sedangkan haiwan pun sayangkan anak-anak mereka..ini kan manusia yang Allah SWT anugerahkan akal -fikiran ..itu lah bezanya haiwan dan insan..namun kini kenapa insan kini lebih bersikap 'kebinatangan'....
Masa aku tatap gambar ni..aku teringat beberapa rakan rapatku ...aku mengeluh sendirian...kenapa insan yang memerlukan cahaya mata untuk menyerikan alam perkahwinan..masih sentiasa berusaha tanpa lelah.tanpa putus asa...mengeluarkan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan sebutir permata..susah betul ..tetapi kenapa manusia yang besifat 'kebinatangan' ini mudah pulak dapat anak..dan suka hati dibuang-buang seperti langsung tak berharga..Kenapa biarkan anak yang tidak berdosa pergi di dalam keadaan yang menyedihkan...Aku ingin menyeru semua rakan-rakan wanita dan mengingatkan diriku sendiri...jangan lahh berlaku perkara sebegini walau cinta itu mendalam......dan Kepada Kaum Adam...hargailah dan hormatilah insan yang anda sayangi ..semoga Allah SWT melindungi kita semua..Amin

Monday, February 8, 2010

Menguatkan Hati...

Noted from Siti Nurhaliza's song

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku....




Dia kata..jangan di tunggu
Dia kata..kita hanya kawan
Dia kata..tak pernah fikir

Aku kata..inginkan kepastian
Aku kata..bodohnya diri ini
Aku kata..terlalu sayang padamu

 

Silently i release he neve loves me..TqVm

Sunday, January 31, 2010

Selamat Hari Wilayah

Disebabkan aku di lahirkan di Kuala Lumpur..aku bangga menjadi warganya...he hee...Di sini lah tempat aku mengenal erti hidup...Walau Selepas dilahirkan aku dibesarkan di Sarawak..Terengganu..Selangor...aku sentiasa melihat Kuala Lumpur punye perubahan..Banyak Berbeza dulu n sekarang..Tetapi ada tempat-tempat yang masih ditakuk lama...Target Tahun 2010 untuk menjadi Bandaraya Kelas Pertama di Asean..Moga-moga tercapai hasrat kerajaan..Cume aku rasa sebak melihat sungai-sungai yang mengalir lesu dengan sampah sarap...Kan bagus kalau sungai di KL ni seindah Sungai-sungai ternama di Dunia..


Berjalan-jalan di Kuala Lumpur..menyusuri Jalan TAR yang biasanya sibuk tetapi lengang kerana orang ramai bercuti ....Jalan di Dataran Merdeka ditutup kerana sambutan Hari Wilayah....Hurm...banyak benda dah berubah...tp untuk terus berubah ke arah yang lebih baik..manusia seharusnya berubah..
Kesedaran itu perlu..


Esok..aku akan mulakan hidup sebagai salah seorang pencari rezeki di bumi Kuala Lumpur...Tarik Nafas panjang2..ha haa Hidu Asap jer laa...Semoga semuanya Bagus...Yer x...


p/S aku TgH Cube Sedaya Upaya Untuk MenEkan Butang DeletE MR S darI Hidup Kuz...Doakan UntuK KekUatan Itu...



Thursday, January 28, 2010

BuhSan ~~~Mula Merepek

Seminggu terakhir percutian sebelum memulakan chambering ni memang betul2 bosan...dah tak tau nak buat apa...aku terfikir macammana laa orang-orang yang tidak bekerja..hanya duduk di rumah ...aku yang baru lepak seminggu ni dah tahap bosan mcm nak muntah..huu huu..Sampai laa jatuh sakit...Demam,batuk,flu..3 in 1 kirenye..Ape2 lah...Mungkin bak kate Fahmi, Sibuk atau suka menyibuk..mane2 lah dah menjadi nadi dalam diriku sejak belajar di UIA..aku tak betah duduk di rumah untuk sekadar berehat-rehat
Apa yang aku buat kat rumah  selain aktiviti mengangkat kain...menyimpan kain...menonton tv..FB..Pool...mmg buang masa betul...Tidak dilupakan berapa banyak buku dah aku tatap sampai jemu...Esok ,Aku amik Release Letter kat UIA...kire aku dah selesai urusan kat UIA..4eva ke?? xla ..x convo lagi...n rafiqi punyer urusan byk gi....huu huu...Pagi aku akan gerak kat sane...dan menyibukkan diri di STAD..nusaibah dan 2.45pm di ANR...sebelum ke ANR aku akan menyemakkan diri di JUsco..huu hu...

Memang x ilmiah tol blog aku ni..ha haa...xLeh nak jadi hipokrit...This is Curve oF my Life...aku bukan laa seorang penulis yang ingin menulis ttg dunia ke..untuk menarik hati..hanya luahan biasa...entah..mungkin satu hari nanti..biar semua menjadi rahsia..stu hari nanti...Aku pernah bercita-cita menulis novel..tp entah masa tidak pernah cukup .sekrang...mungkin..tapi Lap top kesayangan aku sudah rosak...plan2 nak hantar ke kedai dalam minggu ni..Insyallah...Harap2 die masih bernyawa...kerana byk kenangan manis tu...

Well..aku kire satu keputusan yg aku buat dalam tempoh percutian mmg melenyapkan terus istilah cinta dari hidup aku...2 malam aku buat istikarah..akhirnya aku putus asa...hampehh kan...aku pohon pada Allah tunjukkan pada aku sesuatu...tp aku sendiri keliru..akhirnya aku buat keputusan...aku kena letak noktah...letih woooo ..menunggu dan terus menunggu...padahal insan tu terus bahagia dengan hidup dia..aku di sini derita ...hurm..aku mmg dah putus asa...ramai kate..x baik putus asa..tp entah aaa..biar laaa...Dia cakap bila kita sayang seseorang kite kena bgtau...mungkin aku tidak bertuah untuk disayangi oleh dia..jadi aku terpaksa walau x rela.cewahhhhhh....Kepada Dia: Semoga hidup akan selalu gumbira eh.....n berjaya..heh eee..Senyum selalu...Dats ur tagline kan skrang...

Haa haa...baru x nak jiwang...mmg nrul ni jiwang kan..nak wat cam ne...org yg selalu menulis cerpen...membaca berbuku2 novel sebulan..tipu laa kalau x jiwang...Aper2 pun...hidup laa semua baik2 eh...insyallah Semua Yang berlaku niiiiiiii ada rahmatnyee..yer x...
Aku letak lirik lagu latest CTKD...kalau nak dgr lagu ni ..cari aa online...tp yg aku tahu..ini lah kisah aku sekrang...Sob sobbb

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

*Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi

**Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini

Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari...
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Ulang *, ** dan chorus

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah... lepaskanlah...

Ulang chorus

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi

DALAM DIAMKU
Siti Nurhaliza/ Krisdayanti
CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka